Thursday, October 31, 2013

KENAPA KITA PERLU MINUM AIR DAN MANFAAT YANG PERLU KITA TAHU


Adakah anda pasti anda sentiasa menitik beratkan pengambilan air dalam kehidupan seharian anda?  
Adakah anda pasti anda minum 8 gelas air sehari?

Jika ditanya kepada selebriti bagaimana mengekalkan kecantikan kulit pasti jawapan ‘klise’ yang sering diberikan adalah minum satu liter air sehari.
 
Ternyata air dalam dunia kecantikan memberi sumbangan terlalu besar bagi menjaga aura pesona seorang wanita. Ia bukan sekadar penghilang dahaga, malah peranannya terhadap tubuh begitu penting termasuklah dalam soal kecantikan.
Malah ada wanita percaya dengan meminum setiap hari mampu membantu mendapatkan kulit yang cantik dan segar.
 
Salah satu manfaat air ialah untuk menjaga sistem metabolisme tubuh manusia. Jika tidak cukup air, kulit akan cepat melalui proses penuaan disebabkan kekeringan dan kurang kelembapan.
 
Tahukah anda? Setiap 25kg berat badan, anda perlu minum 1L air. Ini bermakna jika berat badan anda 50kg, maka anda perlu minum 2L air sehari.
 
 Bagi anda yang amik supplemen, anda juga digalakkan meminum air 2-3L sehari kerana pengambilan air yang mencukupi akan membantu penyerapan supplemen dengan lebih efektif.
 

Antara manfaat lain yang anda perlu tahu ialah:
 
Menyingkirkan toksin

Makanan, persekitaran dan solekan boleh menyebabkan badan mengumpul toksin. Cara termudah untuk mengeluarkan toksin adalah dengan minum banyak air. Ini kerana toksin akan mudah dikeluarkan melalui perpeluhan dan perkumuhan.

Membantu fungsi ginjal

Buah pinggang bekerja sepanjang hari untuk menapis cecair dalam badan. Bayangkan apabila kita minum kopi berwarna hitam, perhatikan ketika membuang air kecil, cecair yang dikeluarkan bukan berwarna hitam sebaliknya lebih jernih daripada itu. Ini menunjukkan buah pinggang berperanan membersih dan menapis air yang diminum tadi. Minum banyak air membantu meringankan tugas buah pinggang. Tanpa air buah pinggang perlu bekerja lebih keras dan lama kelamaan ia mudah rosak.


Melembutkan kulit

Minum banyak air kosong membantu melembutkan kulit. Air ibarat losen pada tubuh bagi menjadikan kulit lebih lembut dan mulus. Orang yang kurang minum air mudah mendapat masalah kekeringan kulit sehingga akhirnya kulit kelihatan tua sebelum waktunya.


Air untuk kecerdasan dan awet muda

Tubuh kita memerlukan banyak air untuk melancarkan fungsi organ penting. Tanpa air mencukupi tubuh mengalami kekurangan oksigen yang akan menyebabkan individu cepat letih dan mengantuk. Minum air secukupnya untuk mencergaskan tubuh sekali gus otak. Otak yang cerdas menjadikan kita lebih sihat dan awet muda.


Kecantikan mata

Membasuh mata dengan air sejuk adalah cara terbaik menjaganya agar tetap menarik dan segar selain mencegah terjadinya iritasi.


Mandi membersihkan kulit

Mandi dan mencuci muka dengan air adalah cara terbaik untuk menjaga kulit agar tetap bersih dan segar. Air akan membantu menghilangkan kotoran dan bahan kimia yang dapat merosakkan kulit.


Bibir cantik dengan air

Minum air yang cukup dapat menjaga bibir supaya tampak lembut dan cantik. Masalah bibir pecah juga akan hilang.


Kekal langsing

Air boleh membuatkan tubuh kekal langsing. Ini kerana air membantu mengawal makanan ke tubuh dan melancarkan pencernaan. Air adalah minuman rendah kalori namun memiliki manfaat yang besar.


Segar selepas mandi

Mandi secara teratur mengelak daripada jangkitan pelbagai penyakit kulit. Selain membersihkan tubuh daripada kotoran, mandi akan membuat anda kembali segar.


Elak bau badan

Air membantu menjaga suhu tubuh kembali normal. Malah bagi mereka yang mempunyai masalah bau badan jika minum air yang banyak akan mencairkan keringat dan mencegah bau badan.
 
 
 
Jadi pastikan anda meminum air yang secukupnya. Seelok-eloknya air putih bukan air yang berwarna apatah lagi yang berperisa atau yang manis.
 
sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment