Monday, February 11, 2013

APA ITU PIGMENTASI?

Masalah pigmentasi sering menghantui kaum wanita. Masalah ini berlaku tidak kira peringkat umur dan ianya akan mengganggu penampilan seseorang wanita. Ada yang sanggup berhabisan wang untuk mengatasi masalah ini dan tidak kurang juga ada yang perlu mengenakan solekan tebal semata-mata ingin menutup tompokan hitam dikulit wajah.


Apa itu pegmentasi?
Ia adalah tompok-tompok hitam dimuka atau lebih dikenali sebagai jeragat. Ia terbentuk dibawah kulit dan berada dibeberapa lapisan kulit sama ada epidermal (lapisan paling atas) atau dermal (lapisan paling dalam). Pigmentasi terjadi disebabkan oleh aktiviti sel melanosit yang tidak terkawal. Sel melanosit menghasilkan melanin iaitu pigemn hitam yang menyebabkan kesan tompok hitam. Sel melanosit penting pada kulit kerana melanin yang dikeluarkan membantu kulit daripada terkena sinaran ultravoilet matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit, namun jika berlebihan boleh menyebabkan tompok yang tidak disenangi.

Apakah punca berlakunya pigmentasi?
-punca yang paling utama adalah sinaran cahaya matahari yang berterusan tanpa memakai krim pelindung matahari
-hormon yang tidak seimbang
-penggunaan pil perancang
-genetik

Bagaimana cara untuk menghilangkan tompok-tompok hitam?
Ia bermula dengan set penjagaan muka yang mengandungi bahan hydrokuinon dan tretinon yang merupakan "gold standard" untuk rawtan jeragat secara intensif. Namun ianya perlu dipantau oleh doktor.

Selain itu, rawatan laser q-switch iaitu tekbnik laser yang dipacarkan pada tompok-tompok hitam akan memecahkan tompok tersebut menjadi tompokan yang lebih kecil.

Rawatan seperti pengelupasan kulit dengan asid juga adalah salah satu cara yang dapat mengurangkan tompokan tersebut.

Bagaimana dengan pengambilan supplemen sebagai cara mengatasi masalah pigmentasi?
Pengambilan supplemen juga boleh membantu dalam mengatasi masalah ini. Namun harus diingatkan bahawa  hasil dari pengambilan supplemen agak lambat dan ianya bertindak dari dalam manakala rawatan intensif secara luaran juga perlu.

Pengambilan Vit c, Vit E, ESP, Collagen Powder & B Compleks dapat membantu dalam masalah ini.

Hubungi saya untuk konsultansi percuma.




DIAN SOFFRENA
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
SMS : 012-7517439
FB :  Dian Soffrena
Page : U and Me Healthy



No comments:

Post a Comment