Thursday, October 31, 2013

KENAPA KITA PERLU MINUM AIR DAN MANFAAT YANG PERLU KITA TAHU


Adakah anda pasti anda sentiasa menitik beratkan pengambilan air dalam kehidupan seharian anda?  
Adakah anda pasti anda minum 8 gelas air sehari?

Jika ditanya kepada selebriti bagaimana mengekalkan kecantikan kulit pasti jawapan ‘klise’ yang sering diberikan adalah minum satu liter air sehari.
 
Ternyata air dalam dunia kecantikan memberi sumbangan terlalu besar bagi menjaga aura pesona seorang wanita. Ia bukan sekadar penghilang dahaga, malah peranannya terhadap tubuh begitu penting termasuklah dalam soal kecantikan.
Malah ada wanita percaya dengan meminum setiap hari mampu membantu mendapatkan kulit yang cantik dan segar.
 
Salah satu manfaat air ialah untuk menjaga sistem metabolisme tubuh manusia. Jika tidak cukup air, kulit akan cepat melalui proses penuaan disebabkan kekeringan dan kurang kelembapan.
 
Tahukah anda? Setiap 25kg berat badan, anda perlu minum 1L air. Ini bermakna jika berat badan anda 50kg, maka anda perlu minum 2L air sehari.
 
 Bagi anda yang amik supplemen, anda juga digalakkan meminum air 2-3L sehari kerana pengambilan air yang mencukupi akan membantu penyerapan supplemen dengan lebih efektif.
 

Antara manfaat lain yang anda perlu tahu ialah:
 
Menyingkirkan toksin

Makanan, persekitaran dan solekan boleh menyebabkan badan mengumpul toksin. Cara termudah untuk mengeluarkan toksin adalah dengan minum banyak air. Ini kerana toksin akan mudah dikeluarkan melalui perpeluhan dan perkumuhan.

Membantu fungsi ginjal

Buah pinggang bekerja sepanjang hari untuk menapis cecair dalam badan. Bayangkan apabila kita minum kopi berwarna hitam, perhatikan ketika membuang air kecil, cecair yang dikeluarkan bukan berwarna hitam sebaliknya lebih jernih daripada itu. Ini menunjukkan buah pinggang berperanan membersih dan menapis air yang diminum tadi. Minum banyak air membantu meringankan tugas buah pinggang. Tanpa air buah pinggang perlu bekerja lebih keras dan lama kelamaan ia mudah rosak.


Melembutkan kulit

Minum banyak air kosong membantu melembutkan kulit. Air ibarat losen pada tubuh bagi menjadikan kulit lebih lembut dan mulus. Orang yang kurang minum air mudah mendapat masalah kekeringan kulit sehingga akhirnya kulit kelihatan tua sebelum waktunya.


Air untuk kecerdasan dan awet muda

Tubuh kita memerlukan banyak air untuk melancarkan fungsi organ penting. Tanpa air mencukupi tubuh mengalami kekurangan oksigen yang akan menyebabkan individu cepat letih dan mengantuk. Minum air secukupnya untuk mencergaskan tubuh sekali gus otak. Otak yang cerdas menjadikan kita lebih sihat dan awet muda.


Kecantikan mata

Membasuh mata dengan air sejuk adalah cara terbaik menjaganya agar tetap menarik dan segar selain mencegah terjadinya iritasi.


Mandi membersihkan kulit

Mandi dan mencuci muka dengan air adalah cara terbaik untuk menjaga kulit agar tetap bersih dan segar. Air akan membantu menghilangkan kotoran dan bahan kimia yang dapat merosakkan kulit.


Bibir cantik dengan air

Minum air yang cukup dapat menjaga bibir supaya tampak lembut dan cantik. Masalah bibir pecah juga akan hilang.


Kekal langsing

Air boleh membuatkan tubuh kekal langsing. Ini kerana air membantu mengawal makanan ke tubuh dan melancarkan pencernaan. Air adalah minuman rendah kalori namun memiliki manfaat yang besar.


Segar selepas mandi

Mandi secara teratur mengelak daripada jangkitan pelbagai penyakit kulit. Selain membersihkan tubuh daripada kotoran, mandi akan membuat anda kembali segar.


Elak bau badan

Air membantu menjaga suhu tubuh kembali normal. Malah bagi mereka yang mempunyai masalah bau badan jika minum air yang banyak akan mencairkan keringat dan mencegah bau badan.
 
 
 
Jadi pastikan anda meminum air yang secukupnya. Seelok-eloknya air putih bukan air yang berwarna apatah lagi yang berperisa atau yang manis.
 
sumber : Harian Metro

Wednesday, October 2, 2013

KENAPA TAK BOLEH KATA TAK KEPADA SHAKLEE?

Tahukah anda bahawa anda tidak boleh kata TIDAK kepada produk SHAKLEE? Sebabnya adalah kerana SHAKLEE
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Jadi sudah semestinya SHAKLEE adalah selamat....

So apa yang anda ragu2 lagi.... =)







Wednesday, September 25, 2013

KANSER USUS DAN SHAKLEE - BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU MAK SAYA

Assalam.

Apa khabar semua? Harap2 anda semua happy..buang jauh2 rasa sedih tu..buang segala yang negatif dalam diri anda...jangan biarkan walau sebesar zarah. Jadi orang yang positif. Barulah kita dpt hidup dengan tenang. heheheheheee...sekadar peringatan utk diri sendiri jugak...

Seperti yang saya janjikan dalam entri yang lepas, saya akan share bagaimana shaklee membantu mak saya dalam menghadapi penyakitnya. Ceritanya begini.....

1.01.2011 (hari jadi mak yang ke 58) mak saya dimasukkan ke hospital kerana sakit perut yang amat. Dah sakit 3 hari sebelum tu. Asalnya doktor kata gastrik. Dah makan ubat gastrik pon tak jalan. So kami adik-beradik pakat anta mak ke hospital. Bila doktor cek, kata apendik dan perlu dibedah. So kami tak risau sangat coz perkara ni ramai yang alami. Appendik dah biasa kita dengar kan...

Masa pembedahan bermula dari pukul 4.30ptg. So kami adik beradik bajet 3jam jer paling lama. By maghrib dah setel. Tapi bila tunggu diluar OT (operation theater), tak de khabar berita. Jam dah menunjukkan pukul 9.30mlm. Kami mula risau. Apa yang terjadi sebenarnya. Adakah mak kena komplikasi? Kenapa tak keluar2 lagi dr OT? So adik saya yang menunggu diluar OT mula resah. Kami dah mula call adik mak utk maklumkan perkara ini. Kami mula berkampung dihospital. Masing2 risau. Cuba tenangkan diri.

Saya mula menjengah2 dibahagian menunggu di diluar OT. Sampai makcik guard perasan. Makcik guard tu bg tau "kalo mak awak sedar pas operation, mak awak akan keluar ikut lif depan ni. (lif tu berhampiran saya). Tapi kalo mak awak tak sedar, mak awak akan ikut lif belakang. Terus ke ICU". Ya Allah, apakah ini? Berderau darah saya. Saya menunggu tanpa jemu sambil berdoa.

Akhirnya, pukul 12.05mlm mak di usung keluar dari OT. Alhamdulillah mak sedar. Mak dibawa naik lif depan terus ke wad. Tersenyum makcik guard memandang saya. Syukur tak terkira. Walau tak tahu apa sebenarnya terjadi pada mak, saya tetap panjatkan kesyukuran.

Selepas itu, doktor mula investigate pasal mak. Ada tak mak kena simpton2 yang dia nyatakan. Kami cakap tak de melainkan mak rahsiakan. Finally doctor bg tau yg kat usus mak ada ketumbuhan aka polip. Baru early stage. Usus yang dijangkiti polip terpaksa dibuang kira-kira 3inci (agak2 jer). Tu dah kira kanser la. Terdiam kami adik beradik seketika. Tapi cepat2 saya positifkan diri. Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati.

So bermulanya episod kimoterapi & ubat-ubatan. Asalnya mak kena 8x cycle kimo. Ubat tak yah cakap. Ubat cairkan darah la, ubat utk itu ini la...mcm2 ubat senang citer...sampai mak tak termakan ubat-ubat tersebut. Dalam masa yang sama, saya google segala info berkaitan penyakit mak ni. Apa puncanya, apa yang penawarnya dan segala yang berkaitan. Saya juga ada bertanyakan doktor sama ada saya boleh mencari alternatif bg penyakit mak ini. Maksud disini ialah makanan tambahan seperti herba atau supplemen. Doktor hanya suggest supplemen tetapi TIDAK kepada ubatan/supplemen yang mengandungi herba. KENAPA tak boleh? Menurut doktor tidak semua jenis herba sesuai ngan pesakit. Adakalanya herba boleh mengaktifkan lagi sel2 kanser dalam tubuh pesakit.

Bila dah begitu kata doktor, maka saya terus shoot kepada supplemen. Masa tu tak kenal lagi Shaklee (saya kenal shaklee pertengahan 2011, bukan awal tahun). Saya hanya belikan mak supplemen brand A iaitu multivitamin. Saya tunjukkan supplemen yang telah dibeli kepada doktor untuk dapatkan approval la gitew..doktor approve. So, mak hanya makan itu sahaja selain ubat-ubatan bekalan hospital. Lagi satu doktor syorkan mak minum susu yang khas utk pesakti kanser. Susu PROSURE.


ni la rupa susu prosure. ada 2 perisa...vanilla & orange. tp better amik orange coz tak muak. susu ni rasa minyak ikan. Bau jer pon dah tau. Mahal tau. Satu tin kecik ni RM53 dan cuma bertahan utk seminggu kalo ikut recommendation intake.
 
 
Selepas habis sesi kimoterapi yang terakhir (cuma kena kimo cuma 6 cycle jer atas kebenaran doktor), saya mula bertanyakan seorang leader Shaklee, apa produk yang sesuai utk mak saya. Masa tu saya dah amik shaklee. Beliau suggest amik Corotomax, Vit E dan Vit C. Nak beli vivix tak mampu masa tu. =) 3 produk ni mengandungi anti-oksidan dan meningkatkan sistem imun. Selama amik 3 produk ni,alhamdulillah  kesihatan mak makin ok. Jarang diserang demam. Saya paling takut kalo mak demam kerana mengikut doktor, mak kalo demam memang boleh jadi teruk coz sistem imun mak lemah.
 
Selepas beberapa bulan saya mula kasi mak ESP supaya mak lebih bertenaga, kenyang (mak kurang selera makan selepas kimo) dan supaya parut operation mak makin pulih. Rambut mak kurang gugur (efek dari kimo), kulit makin berseri, berat badan pon naik (masa sakit mak loss 20kg) dan yang penting muka mak berseri tak macam orang sakit. Sampai doktor pon hairan. Siap tanya makan apa sampai sihat mcm tu..Mak dengan bangga bg tau, anak saya bagi saya supplemen shaklee. Doktor kata ok, teruskan. So far positif result. Mana taknya, tiap kali follow up check up berat badan ok, jantung ok, darah ok. semua ok..
 
Untill now mak amik semua supplemen tu termasuk ostematrix, joint health tablet, ESP dan performance drink sekali sekala.
 
Last check up bulan lepas, mak kena buat scope. Alhamdulillah, semuanya ok. Result scope pon ok. Part usus yang dibuang dan disambung pon ok. Parut jahitan kat perut semakin elok malahan parut jahitan usus tu cantik kata doktor.
 
Kini setelah hampir 2 tahun berlalu, mak kembali sihat seperti biasa. Kawan-kawan mak yang dulu tengok mak terlantar pon tak percaya tengok keadaan mak sekarang. Cumanya mak tak boleh aktif sangat. Cepat penat dan letih. Ye la umur mak pon dah meningkat.
 
Sekian sharing dari saya mengenai pengalaman saya. Doakan mak saya sihat sehingga akhir hayat. Tiada yang lebih gembira bila orang yang kita sayang sihat.
 
 
 
 
DIAN SOFFRENA
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
SMS : 012-7517439
FB : Dian Soffrena
Page : U and ME Healthy


 
 

Friday, September 20, 2013

BERMULANYA SHAKLEE DALAM HIDUP SAYA

Assalamualaikum.

Saya pasti ramai anda yang sudah mengenali SHAKLEE. Paling tidak pon pernah dengar perkataan Shaklee. Ia sudah bagaikan fenomena, bagaikan tsunami. Disana sini orang sibuk citer pasal Shaklee. Best sangat ker Shaklee ni? Bagus sangat ker? Sampaikan ada naik muak, naik meluat kalo tgk wall kat fb tu. Sikit2 Shaklee. Bagi anda yang belum kenal & jatuh cinta dengan Shaklee, mungkin anda akan rasa muak. Tapi yang dah kenal, boleh jatuh cinta uolls..

Jom layan cerita saya bagaimana saya kenal Shaklee. Ni citer betul ya..bukan citer dongeng tau...hahahhaha

Saya mula kenal Shaklee pada pertengahan tahun 2011 selepas melahirkan anak ke 2. Masa tu mission saya nak menyusukan anak ke 2 secara esklusif. Memang nekad nak menyusukan anak sampai 2 tahun. So saya mula tercari-cari supplemen or makanan tambahan utk capai matlamat saya. Tercari2 kat satu group kat fb dan akhkirnya saya berjumpa dengan Shaklee. Bermula dengan trial pek (basic set), saya consume semua supplemen untuk ibu menyusu secara konsisten. Saya mula nampak kesan positif dari pengambilan set tersebut.

Production susu saya makin lama makin banyak. Badan saya kekal bertenaga. Tak mudah letih. Saya juga mengutamakan prinsip penyusuan iaitu kerapkan direct feed, pam susu berjadual dan minum air masak 2-3L sehari. Itu memang wajib apply. Kalo tak, beli supplemen harga berjuta pon tak jadi apa akhirnya. Tak accomplish mission penyusuan tu.

2 kali beli trial pek, akhirnya saya sign up jadi member coz nak beli full set menyusu pada harga ahli. Kan lebih jimat dan murah... Masa tu tak terpikir nak bisnes..just utk pakai sendiri jer..

Bermula dari situ, saya try produk shaklee yang lain mcm ESP, Ostematrix & Omega. Semuanya memberi kesan positif ke atas saya. Mula terdetik dalam hati, why not aku share ngan kawan2. Why not aku cuba bisnes. Masa tu dah ramai yang amik Shaklee. Siapa nak bagi aku walau 20-30 hengget jer...So bermula espisod menjual & sharing...Seronok tak terkata. Kepuasan berganda. Dapat tolong ibu yang menyusu & dpt xtra income..wheeee.....Now, saya dah stabil dari segi income. 4 angka setiap bulan (bonus masuk tengah2 bulan, time poket mula kering). Saya juga tengah mengukuhkan empayar perniagaan saya. Al-maklum, anak didik makin ramai. So kena la fokus betul2. Tunjuk ajar mereka mcm mana nak berniaga. Yang selebihnya adalah usaha mereka sendiri. =)

Itulah kisah bermulanya shaklee dalam hidup saya...

Next entri nanti saya share bagaimana shaklee membantu meningkatkan kesihatan mama saya selepas disahkan kanser usus (early stage)

Wassalam.

Yours,
Dian Soffrena
Shaklee Independent Distributor (ID : 866756)
012-7517439

Thursday, March 14, 2013

KENALI STRESS & PUNCANYA

 
Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal.

Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan.


Tanda-tanda Awal
Gejala Fizikal dan Gejala Mental:-
  • Degupan jantung yang cepat
  • Rasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku
  • Banyak berpeluh
  • Risau dan bimbang
  • Terasa loya Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan
  • Bernafas kencang
  • Rasa tidak sihat
  • Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil
  • Sukar untuk tidur
  • Kaki dan tangan terasa sejuk
  • Keinginan seks menurun
  • Selera makan berubah
  • Terasa amat letih
  • Gangguan keseksualan
  • Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok
  • Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
  • Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan
  • Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit.
Kesan Tekanan Yang Berpanjangan
  • Tekanan darah tinggi
  • Lelah
  • Masalah kulit yang semakin teruk (jerawat)
  • Serangan jantung
  • Masalah sinus
  • Kehilangan fungsi seksual dan pembiakan
  • Strok
  • Masalah berat badan
  • Gangguan tidur
  • Cirit-birit atau sembelit
  • Serangan migrain
  • Gangguan kebimbangan
  • Ulser perut
  • Sakit kepala
  • Kemurungan
Punca Tekanan
  • Personaliti
  • Kesempurnaan, di mana anda menetapkan standard yang terlalu tinggi atau mustahil untuk dicapai
  • Keresahan
  • Berperasaan negatif (marah, kecewa, rasa bersalah)
  • Bercita-cita terlalu tinggi
  • Persekitaran
  • Keadaan yang se
  • Suasana bising
  • Persekitaran tempat tinggal atau kerja yang teruk atau tidak terurus
  • Gaya hidup dan pekerjaan
  • Beban kerja yang terlalu sedikit atau terlalu banyak
  • Desakan masa atau tekanan untuk mengejar masa
  • Jaminan kerja yang tidak kukuh
  • Tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat, kekecewaan dan bosan dengan tanggungjawab sekarang
  • Dikehendaki melakukan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan dan keupayaan sebenar
  • Pengurusan masa yang tidak baik
  • Keluarga
  • Masalah kewangan
  • Masalah hubungan
  • Perubahan dalam keluarga seperti kehilangan orang yang dikasihi samada disebabkan perceraian atau kematian.

DIAN SOFFRENA
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
SMS : 012-7517439
FB : Dian Soffrena
Page : U and ME Healthy

    HERB-LAX



    Merupakan sejenis julap bertindak secara lembut pada usus bagi tujuan pembersihan atau detoksifikasi.

    Perbezaan Shaklee
    Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. .Ia mengandungi 9 jenis herba semulajadi dan terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh untuk jangka masa panjang.


    Manfaat utama:
    Pembersihan najis yang tersekat
    Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
    Membantu dalam mengatasi masalah sembelit
    Mengempiskan perut
    Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit
    Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.  Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.
     






     

    9 jenis herba semulajadi yang terkandung dalam herb-lax
     
    





     

     
     
    Senna leaves
    -merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepat proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak





     





    Buckhorn bark
    -melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus
















    Licorice root
    -membantu proses detoksifikasi
    Fennal seeds
    -mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut















    Anise seeds
    -merangsang pengeluaran jus gastric untuk membantu proses pencernaan

     
     
     
     
     
     
     
     
     
     



     
     
     
    Rhubarb root
    -herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotic
















    Blue malva flower
    -membantu proses detokfikasi dan mengimbangi tekstur kulit


    Culver’s root
    -membantu maslah lebihan air dalam badan & asma




    Alfalfa leaves
    -membersihkan usu, darah & hati










    DIAN SOFFRENA
    SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
    SMS : 012-7517439
    FB : Dian Soffrena
    Page : U and ME Healthy
     





    Monday, February 11, 2013

    APA ITU PIGMENTASI?

    Masalah pigmentasi sering menghantui kaum wanita. Masalah ini berlaku tidak kira peringkat umur dan ianya akan mengganggu penampilan seseorang wanita. Ada yang sanggup berhabisan wang untuk mengatasi masalah ini dan tidak kurang juga ada yang perlu mengenakan solekan tebal semata-mata ingin menutup tompokan hitam dikulit wajah.


    Apa itu pegmentasi?
    Ia adalah tompok-tompok hitam dimuka atau lebih dikenali sebagai jeragat. Ia terbentuk dibawah kulit dan berada dibeberapa lapisan kulit sama ada epidermal (lapisan paling atas) atau dermal (lapisan paling dalam). Pigmentasi terjadi disebabkan oleh aktiviti sel melanosit yang tidak terkawal. Sel melanosit menghasilkan melanin iaitu pigemn hitam yang menyebabkan kesan tompok hitam. Sel melanosit penting pada kulit kerana melanin yang dikeluarkan membantu kulit daripada terkena sinaran ultravoilet matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit, namun jika berlebihan boleh menyebabkan tompok yang tidak disenangi.

    Apakah punca berlakunya pigmentasi?
    -punca yang paling utama adalah sinaran cahaya matahari yang berterusan tanpa memakai krim pelindung matahari
    -hormon yang tidak seimbang
    -penggunaan pil perancang
    -genetik

    Bagaimana cara untuk menghilangkan tompok-tompok hitam?
    Ia bermula dengan set penjagaan muka yang mengandungi bahan hydrokuinon dan tretinon yang merupakan "gold standard" untuk rawtan jeragat secara intensif. Namun ianya perlu dipantau oleh doktor.

    Selain itu, rawatan laser q-switch iaitu tekbnik laser yang dipacarkan pada tompok-tompok hitam akan memecahkan tompok tersebut menjadi tompokan yang lebih kecil.

    Rawatan seperti pengelupasan kulit dengan asid juga adalah salah satu cara yang dapat mengurangkan tompokan tersebut.

    Bagaimana dengan pengambilan supplemen sebagai cara mengatasi masalah pigmentasi?
    Pengambilan supplemen juga boleh membantu dalam mengatasi masalah ini. Namun harus diingatkan bahawa  hasil dari pengambilan supplemen agak lambat dan ianya bertindak dari dalam manakala rawatan intensif secara luaran juga perlu.

    Pengambilan Vit c, Vit E, ESP, Collagen Powder & B Compleks dapat membantu dalam masalah ini.

    Hubungi saya untuk konsultansi percuma.




    DIAN SOFFRENA
    SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
    SMS : 012-7517439
    FB :  Dian Soffrena
    Page : U and Me Healthy



    Sunday, February 10, 2013

    SEKILAS INFO MENGENAI SLE

    Jikalau post terdahulu mengenai SLE secara detail, ini saya kongsikan info mengenai penyakit tersebut yang saya petik dari malajah iSIHAT keluaran Januari 2013.

    INFO SLE
    • Dianggarkan 10,000 warga tempatan menghidap penyakit autoimun ini
    • SLE kerap menimpa orang-orang Asia berbanding orang-orang Barat
    • Keadaan menjadi serius apabila lupus melibatkan pelbagai organ dalam tubuh. Sebab iutlah penghidap lupus akan mengalami gejala yang berbeza antara satu sama lain.
    • Tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dikawal dan dirawat
    • SLE 10 kali lebih kerap berlaku dikalangan wanita berbanding lelaki
    • Bukan sesuatu yang luar biasa jika seseorang pesakit menghidapinya selama berbulan atau bertahun sebelum dirinya didiagnosis penyakit tersebut
    • Penyakit ini tiada ubat cuma memerlukan penjagaan yang khusus.

    DIAN SOFFRENA
    SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
    SMS : 012-7517439
    FB : Dian Soffrena
    Page : U and ME Healthy



    Friday, February 8, 2013

    Systemic lupus erythematosus (SLE)


    APAKAH ITU SLE?

    SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.

    Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.

    Penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.

    Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.




    Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.

    “Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).


    APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN SLE BERLAKU?
    * Faktor genetik meningkatkan kecenderungan menyebabkan masalah auto imun dan penyakit auto imun seperti lupus, rheumatoid arthritis dan kekacauan imun tiroid.
    * Sesetengah saintis percaya, sistem imun dalam lupus mudah distimulasi oleh faktor luaran seperti virus. Kadangkala simptom lupus lebih buruk apabila pesakit terdedah pada cahaya matahari.
    * Banyak ubat-ubatan dilaporkan menjadi pencetus SLE. Kebanyakan ubat ini dikatakan menstimulasi sistem imun.
    * Sistem hormon wanita juga dikaitkan dengan SLE. Hubungan hormon dengan SLE bagaimanapun masih lagi dalam kajian.
    * Mutasi genetik yang mengganggu sistem 'pembuangan sampah' dalam tubuh dikaitkan dengan permulaan SLE.

    APAKAH GEJALA SLE?
    * Ruam merah atau perubahan warna pada muka. Biasanya berbentuk rama-rama pada hidung dan mata.
    * Sendi membengkak dan sakit.
    * Demam tanpa sebab.
    * Sakit dada ketika menarik nafas panjang.
    * Kelenjar menjadi bengkak.
    * keletihan yang berlebihan.
    * Keguguran rambut yang luar biasa (terutama di atas kepala).
    * Jari tangan atau kaki menjadi pucat atau berwarna ungu kerana kesejukan atau tekanan.
    * Sensitif terhadap matahari.
    * Sel darah rendah.
    * Kemurungan, sukar menumpukan perhatian atau masalah ingatan.
    * Ulser mulut.
    * Sawan tanpa sebab.
    * Masalah mental.
    * Keguguran yang kerap.
    * Masalah buah pinggang

    Sumber: Persatuan SLE Malaysia.

    Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.


    DIAGNOSIS

    Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.
    Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.
    RAWATAN

    Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
    * Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.
    * Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
    * Pengubahsuaian gaya hidup.
    * Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah. Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan. Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid. Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak. Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet. Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.
    * Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.
    * Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
    * Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
    * Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
    * Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang

    INFO TAMBAHAN
    * Ada dua jenis lupus iaitu Discoid Lupus erythematosus (DLE) dan Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
    * DLE hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius, SLE menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.
    * Bagi pesakit DLE, gejala termasuk ruam dengan beberapa tompok kemerahan, keras dan kasar dan meninggalkan parut.
    * Bagi SLE, ia menyebabkan pelbagai gejala seperti ruam merah yang bertompok serta berbentuk rama-rama muncul di pipi dan bawah hidung. Gejala lain termasuk sakit sendi, demam, hilang selera makan, loya, kelesuan, dan hilang berat badan.
    * Ada juga gejala seperti anaemia, masalah psikiatrik dan neurologi, kegagalan buah pinggang, pleurisy, arthritis dan pericarditis. Diagnosis dilakukan dengan ujian darah dan juga biopsi kulit.
    Pemakanan untuk pesakit SLE secara amnya adalah sama seperti nasihat pemakanan bagi pesakit normal lain iaitu menekankan aspek pemakanan sihat dan seimbang.
    Bagaimanapun, pengecualian diberi kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang akut iaitu keperluan protein perlu dikira. Kes sedemikian perlu dirujuk lebih awal kepada pegawai dietetik untuk nasihat pemakanan.
    Pemakanan sihat dan seimbang adalah corak pemakanan yang membolehkan badan memperoleh kalori yang bersesuaian dan empat kunci kesihatan boleh membantu seseorang itu mencapai corak pemakanan sihat dan seimbang, iaitu amalan pemakanan sihat, mengamalkan gaya hidup sihat dan berkualiti serta berupaya mengatasi tekanan dan meningkatkan amalan bersenam untuk memperoleh tahap kesihatan unggul.
    Secara amnya, panduan asas untuk pemakanan sihat ialah mempelbagai makanan, makan makanan seimbang dan sederhana. Ini dapat dicapai jika seseorang itu mengamalkan corak pemakanan berpandukan piramid makanan Malaysia.
    Pesakit lupus sering kekurangan tenaga dan perlu mengawal kegunaan tenaga. Dapatkan nasihat petugas kesihatan mengenai cara menangani keletihan.
    Pada umumnya, pesakit berasa lebih sihat jika mereka membahagikan masa antara rehat dengan kerja, di samping pengambilan ubat. Jika anda berasa murung, kaunseling boleh membantu.
    Ada juga pakar kesihatan lain seperti pakar nefrologi, jurulatih carakerja,



      



     
     
    DIAN SOFFRENA
    SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
    SMS : 012-7517439
    FB : Dian Soffrena
    Page : U and ME Healthy

    Sunday, January 20, 2013

    SIAPAKAH PENEMU MULTIVITAMIN PERTAMA DI DUNIA?


    Siapakah penemu multivitamin pertama di dunia? Anda tahu tak? Dapatkan majalah i-sihat keluaran february 2013 untuk info lanjut mengenai VITALEA






    DIAN SOFFRENA
    SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
    SMS : 012-7517439
    FB :  Dian Soffrena
    Page : U and ME Healthy


    Apa benefit OMEGA kepada ibu & bayi?

    Apa khabar anda? Memang dah lama rasanya saya tak menulis..busy sangat lately ni..almaklum urusan anak yang baru ke sekolah, year end closing (keje orang finance kan mcm tu, org lain year end gi holiday, kitorang  kena siapkan accounts) & audit. Awal tahun 2013 yang sangat mencabar untuk saya. Alhamdulillah, sekarang semua dah setel...dah boleh back to normal life.

    So bagi hot mama yang sedang preggy, mari kita lihat apa manfaat omega penting untuk si ibu & baby :





    The important of OMEGA for baby and mom ♥



    The benefits for baby are:


    A better brain with higher intelligence

    • Good nervous system development



    • Better eyesight from retina formation
    • Fewer behavioral problems after birth
    • Better sleep patterns for a new born

    Health benefits for mom include:
    • Less chance of developing pre-eclampsia
    • Protection against brain loss during pregnancy
    • Less chance of pre-term labor and cesarean
    • Much lower risk of postpartum depression
    • Greatly reduced incidence of breast cancer

    DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet.

    (Credit to BellaOnline & Nur Izzati Che Jawias)


    so bagi ibu2 diluar sana, anda boleh hubungi saya untuk order..mahal? x per, saya akan ikut bajet anda..

    Berikan hanya yang terbaik untuk diri anda & bayi anda..




    DIAN SOFFRENA
    SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
    SMS : 012-7517439
    FB :  Dian Soffrena
    Page : U and ME Healthy