Wednesday, September 25, 2013

KANSER USUS DAN SHAKLEE - BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU MAK SAYA

Assalam.

Apa khabar semua? Harap2 anda semua happy..buang jauh2 rasa sedih tu..buang segala yang negatif dalam diri anda...jangan biarkan walau sebesar zarah. Jadi orang yang positif. Barulah kita dpt hidup dengan tenang. heheheheheee...sekadar peringatan utk diri sendiri jugak...

Seperti yang saya janjikan dalam entri yang lepas, saya akan share bagaimana shaklee membantu mak saya dalam menghadapi penyakitnya. Ceritanya begini.....

1.01.2011 (hari jadi mak yang ke 58) mak saya dimasukkan ke hospital kerana sakit perut yang amat. Dah sakit 3 hari sebelum tu. Asalnya doktor kata gastrik. Dah makan ubat gastrik pon tak jalan. So kami adik-beradik pakat anta mak ke hospital. Bila doktor cek, kata apendik dan perlu dibedah. So kami tak risau sangat coz perkara ni ramai yang alami. Appendik dah biasa kita dengar kan...

Masa pembedahan bermula dari pukul 4.30ptg. So kami adik beradik bajet 3jam jer paling lama. By maghrib dah setel. Tapi bila tunggu diluar OT (operation theater), tak de khabar berita. Jam dah menunjukkan pukul 9.30mlm. Kami mula risau. Apa yang terjadi sebenarnya. Adakah mak kena komplikasi? Kenapa tak keluar2 lagi dr OT? So adik saya yang menunggu diluar OT mula resah. Kami dah mula call adik mak utk maklumkan perkara ini. Kami mula berkampung dihospital. Masing2 risau. Cuba tenangkan diri.

Saya mula menjengah2 dibahagian menunggu di diluar OT. Sampai makcik guard perasan. Makcik guard tu bg tau "kalo mak awak sedar pas operation, mak awak akan keluar ikut lif depan ni. (lif tu berhampiran saya). Tapi kalo mak awak tak sedar, mak awak akan ikut lif belakang. Terus ke ICU". Ya Allah, apakah ini? Berderau darah saya. Saya menunggu tanpa jemu sambil berdoa.

Akhirnya, pukul 12.05mlm mak di usung keluar dari OT. Alhamdulillah mak sedar. Mak dibawa naik lif depan terus ke wad. Tersenyum makcik guard memandang saya. Syukur tak terkira. Walau tak tahu apa sebenarnya terjadi pada mak, saya tetap panjatkan kesyukuran.

Selepas itu, doktor mula investigate pasal mak. Ada tak mak kena simpton2 yang dia nyatakan. Kami cakap tak de melainkan mak rahsiakan. Finally doctor bg tau yg kat usus mak ada ketumbuhan aka polip. Baru early stage. Usus yang dijangkiti polip terpaksa dibuang kira-kira 3inci (agak2 jer). Tu dah kira kanser la. Terdiam kami adik beradik seketika. Tapi cepat2 saya positifkan diri. Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati.

So bermulanya episod kimoterapi & ubat-ubatan. Asalnya mak kena 8x cycle kimo. Ubat tak yah cakap. Ubat cairkan darah la, ubat utk itu ini la...mcm2 ubat senang citer...sampai mak tak termakan ubat-ubat tersebut. Dalam masa yang sama, saya google segala info berkaitan penyakit mak ni. Apa puncanya, apa yang penawarnya dan segala yang berkaitan. Saya juga ada bertanyakan doktor sama ada saya boleh mencari alternatif bg penyakit mak ini. Maksud disini ialah makanan tambahan seperti herba atau supplemen. Doktor hanya suggest supplemen tetapi TIDAK kepada ubatan/supplemen yang mengandungi herba. KENAPA tak boleh? Menurut doktor tidak semua jenis herba sesuai ngan pesakit. Adakalanya herba boleh mengaktifkan lagi sel2 kanser dalam tubuh pesakit.

Bila dah begitu kata doktor, maka saya terus shoot kepada supplemen. Masa tu tak kenal lagi Shaklee (saya kenal shaklee pertengahan 2011, bukan awal tahun). Saya hanya belikan mak supplemen brand A iaitu multivitamin. Saya tunjukkan supplemen yang telah dibeli kepada doktor untuk dapatkan approval la gitew..doktor approve. So, mak hanya makan itu sahaja selain ubat-ubatan bekalan hospital. Lagi satu doktor syorkan mak minum susu yang khas utk pesakti kanser. Susu PROSURE.


ni la rupa susu prosure. ada 2 perisa...vanilla & orange. tp better amik orange coz tak muak. susu ni rasa minyak ikan. Bau jer pon dah tau. Mahal tau. Satu tin kecik ni RM53 dan cuma bertahan utk seminggu kalo ikut recommendation intake.
 
 
Selepas habis sesi kimoterapi yang terakhir (cuma kena kimo cuma 6 cycle jer atas kebenaran doktor), saya mula bertanyakan seorang leader Shaklee, apa produk yang sesuai utk mak saya. Masa tu saya dah amik shaklee. Beliau suggest amik Corotomax, Vit E dan Vit C. Nak beli vivix tak mampu masa tu. =) 3 produk ni mengandungi anti-oksidan dan meningkatkan sistem imun. Selama amik 3 produk ni,alhamdulillah  kesihatan mak makin ok. Jarang diserang demam. Saya paling takut kalo mak demam kerana mengikut doktor, mak kalo demam memang boleh jadi teruk coz sistem imun mak lemah.
 
Selepas beberapa bulan saya mula kasi mak ESP supaya mak lebih bertenaga, kenyang (mak kurang selera makan selepas kimo) dan supaya parut operation mak makin pulih. Rambut mak kurang gugur (efek dari kimo), kulit makin berseri, berat badan pon naik (masa sakit mak loss 20kg) dan yang penting muka mak berseri tak macam orang sakit. Sampai doktor pon hairan. Siap tanya makan apa sampai sihat mcm tu..Mak dengan bangga bg tau, anak saya bagi saya supplemen shaklee. Doktor kata ok, teruskan. So far positif result. Mana taknya, tiap kali follow up check up berat badan ok, jantung ok, darah ok. semua ok..
 
Untill now mak amik semua supplemen tu termasuk ostematrix, joint health tablet, ESP dan performance drink sekali sekala.
 
Last check up bulan lepas, mak kena buat scope. Alhamdulillah, semuanya ok. Result scope pon ok. Part usus yang dibuang dan disambung pon ok. Parut jahitan kat perut semakin elok malahan parut jahitan usus tu cantik kata doktor.
 
Kini setelah hampir 2 tahun berlalu, mak kembali sihat seperti biasa. Kawan-kawan mak yang dulu tengok mak terlantar pon tak percaya tengok keadaan mak sekarang. Cumanya mak tak boleh aktif sangat. Cepat penat dan letih. Ye la umur mak pon dah meningkat.
 
Sekian sharing dari saya mengenai pengalaman saya. Doakan mak saya sihat sehingga akhir hayat. Tiada yang lebih gembira bila orang yang kita sayang sihat.
 
 
 
 
DIAN SOFFRENA
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
SMS : 012-7517439
FB : Dian Soffrena
Page : U and ME Healthy


 
 

No comments:

Post a Comment