Saturday, October 11, 2014

SEJARAH TRAGEDI OKTOBER KEMBALI LAGI


Assalamualaikum dan selamat pagi.. Dah berkurun tak update blog... Bersawang gamaknya... Tu la tak disiplin dalam menghadep blog.. M tu besar sangat dalam diri ni... ;-)

Bulan ni bulan oktober kan????? Tau tak promo apa bulan ni?? Jeng jeng jeng... Mesti ramai dah tau kan.... Promo ESP la.. Bulan mandi soya uollsss... ESP ni kan dah femes satu malaya... Sebut jer ESP, orang dah tau dah...

Bulan ni kalo bawa pulang ESP sangat- sangat berbaloi la.. Beli 6 dapat bawak balik 7 tong.. Serius uollss.. Tak tipu.




Apa lagi yang uollss dapat kalo bawak balik ESP ni? Meh tengok ni

1) "SUBSIDI" KEAHLIAN SEUMUR HIDUP (free membership yang bernilai RM65)

2) "SUBSISI"SATU TONG ESP (free setong ESP bernilai RM150)

3) CASH REBATE pertengahan November nanti

Semuanya bernilai hampir RM400. Penjimatan berganda-ganda.

Uollss leh share ngan adik-beradik, kawan-kawan or jiran tetangga.

Tapi kalo tak nak bawak balik 6 tong tu boleh jer bawak balik setong dua.

Apa bestnya ESP ni???

ESP nk minuman soya yang sangat ohsemm yang saya pernah minum. Ni antara manfaat ESP bila uolls konsisten minum ESP ni


@-}-- memudarkan jeragat dan bekas2 jerawat
@-}-- menganjalkan kulit dan payudara
@-}-- mengurangkan garis-garis halus
@-}-- membekalkan tenaga
@-}-- memberi rasa kenyang yang lebih lama
@-}-- milk booster bagi ibu menyusu

Malah ada satu artikel akhbar Harian Metro ada menyatan wanita yang berusia 30-an dan 40-an digalakkan mengambil makanan atau minuman berasakan soya. Lihat gambar dibawah ini

Sumber akhbar harian metro Ogos 2014.  (tapi tarikh tak ingat pulak)

ESP ni juga sesuai untuk mereka yang ada diabetes, ibu menyusu, pelajar, wanita dan lelaki.

Ok uollss nanti kita sambung kat next entry kenapa ESP sesuai utk pesakit diabetes ya...

Kalo nak order boleh wassup ngan saya ya.. Nanti kita sembang2 ya..

Daaaa..

Dian
012-7517439



Thursday, February 13, 2014

PROMO VITALEA SEPANJANG FEBRUARI 2014

Assalamualaikum semua..
Dah masuk bulan februari 2014 dah..sekejap jer masa berlalu...Nak tau apa promo bulan ni? Semestinya vitalea si multivitamin. Ramai yang sukakan? Ini merupakan multi vitamin yang pertama dicipta didunia.



 
  
 
Fun fact vitalea #1

 Vitalea merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia dan ianya berusia hampir 100 tahun. Bentuk asalnya adalah cecair dan kini ianya berbentuk tablet. Dulu dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" tapi kini dikenali sebagai "Vitalea".
 
 
Fun fact vitalea #2
Setiap tablet vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayur-sayuran dan buah. Wow... Menarik tu.... Ada lagi, ia juga ada 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti mana yang disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
 
 
Fun fact vitalea #3

Vitalea bertindak sebagai pelengkap nutrisi dimana ia "top up" segala nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Ianya sangat diperlukan bila mana kita tidak mengamalkan diet yang tak seimbang. Keutamaan kepada mereka yang vegetarian dan anemia.
 
 
Fun fact vitalea #4
Kenapa tablet vitalea berwarna hijau?
Ini kerana ia disaluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina.
Best tu....
 
 
Fun fact vitalea #5
Tahukah anda?

Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan vitalea selama setahun boleh MENGURANGKAN risiko jatuh sakit sebanyak 65%
Patutlah admin tak mudah sakit sejak konsisten amik vitalea. Tapi semua dengan izin Nya jua.
 
 
 
Fun fact vitalea #6
Tahukah anda?

Vitalea Shaklee telah dipilih oleh Center of Science US sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam PUBLIC INTEREST pada tahun 2000.

Terbaekk tak?
 
 
 
So apa anda tunggu lagi..jom grab sebotol dua utk diri anda. Tubuh anda berhak untuk dapatkan yang terbaik dari anda..apa tunggu lagi...pm/whatssapp  saya ya..
 
 
 
 
 
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
SMS : 012-7517439
FB :  Dian Soffrena
Page : U and ME Healthy


Wednesday, February 12, 2014

PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT

 
 

Seringkali kita keliru antara ubat dan supplemen. Kedua-duanya adalah berbeza sama sekali. Jangan sesekali disamakan ubat dan supplemen. Supplemen bukan ubat dan ubat bukan supplemen. Pengambilan ubat adalah untuk mengubati sesuatu penyakit, manakala supplemen adalah makanan tambahan yang kita ambil untuk tubuh kita bagi melengkapkan nutrisi yang diperlukan.
 
Jom kita baca perbezaan antara ubat dan supplemen. Saya cedok info ini dari secret group saya  sepertimana yang dikongsikan oleh salah seorang ahli group. 
 
credit to beliau...
 
 
PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT
 Medicine ( Ubat )


1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.
 


 Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......tak giteww????
 
 
 
DIAN SOFFRENA
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
SMS : 012-7517439
FB : Dian Soffrena
Page : U and ME Healthy

BASIC H (PENCUCI SERBA GUNA)



Hi...dah lama tak update blog ni kan...apa khabar semua? Harap semua sihat..hari ni saya nak share satu lagi pasal produk shaklee yang hebat...saya sendiri menggunakannya. Pencuci ni kiranya multi-purpose la..macam2 kegunaannya kat umah tu... nak mop lantai pakai Basic H, anak demam saya mandikan dengan Basic H, basuh botol susu anak pon guna Basic H, rendam sayuran & buah-buahan pon guna Basic H, basuh toilet pon guna Basic H, pendek kata macam-macam la...


Basic H ni lain dari yang lain tau..Even Oprah Winfrey pon suka Basic H ni...
Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda. Hanya 2-3 titik sahaja bergantung kepada kegunaan.

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna yang berada dipasaran mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan... yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan.

 Di bwh ni antara sebahagian dariada 1000 kegunaan Basic H (yg dikongsi oleh MommyLyna)

Sebagai pencuci
 *Cuci tandas, cuci lantai, cuci dinding, cuci pinggan
 * Cuci kesan gris dan minyak
 * Rendam baju especially baju baby. Rendam 4-5 hari pun tak berbau
* bilas tudung
 *basuh botol susu dan segala botol
Merendam sayur & buah
 * Bukan sahaja memisahkan bendasing dari sayur/buah, tapi juga meneutralkan pestisid dan pengawet yang digunakan terhadap sayuran/buah tersebut
 
Berkebun (gardening)
 * Air siraman tumbuh-tumbuhan yang ‘berkhasiat’. Titiskan beberapa titik ke dalam botol spray yang diisi air biasa dan spray ke pangkal pokok-pokok di taman.
*Sebagai penghalau serangga perosak. Sama seperti cara di atas cuma sembur ke bahagian batang dan daun.
 * Basuh tangan dengan Basic-H sebelum memulakan § Basuh tangan dengan Basic-H sebelum memulakan kerja berkebun.

Kegunaan rumah
 *Menghilangkan bau busuk ikan. Cuma spray saja ke dalam tong ikan.
 *Titikkan setitis ke dalam seterika stim bagi menjaga kebersihan bahagian dalamnya.
 * Membersihkan kesan getah/gula2 getah.
Sangat banyak kegunaan Basic-H ni. Nak list lagi dah tak larat Basic-H juga dikenali sebagai pencuci 1001 guna. You’ll know when you have it in your home. Dah tak perlu benda lain lagi dah.


Tengok sayur dah hampir layu ni, selepas direndam dengan Basic H, terus segar...






Berminat nak order? PM or sms saya..best price sure saya bagi..


DIAN YUSOFF
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
SMS : 012-7517439
FB : Dian Soffrena
Page : My Supplemen Zone








Thursday, October 31, 2013

KENAPA KITA PERLU MINUM AIR DAN MANFAAT YANG PERLU KITA TAHU


Adakah anda pasti anda sentiasa menitik beratkan pengambilan air dalam kehidupan seharian anda?  
Adakah anda pasti anda minum 8 gelas air sehari?

Jika ditanya kepada selebriti bagaimana mengekalkan kecantikan kulit pasti jawapan ‘klise’ yang sering diberikan adalah minum satu liter air sehari.
 
Ternyata air dalam dunia kecantikan memberi sumbangan terlalu besar bagi menjaga aura pesona seorang wanita. Ia bukan sekadar penghilang dahaga, malah peranannya terhadap tubuh begitu penting termasuklah dalam soal kecantikan.
Malah ada wanita percaya dengan meminum setiap hari mampu membantu mendapatkan kulit yang cantik dan segar.
 
Salah satu manfaat air ialah untuk menjaga sistem metabolisme tubuh manusia. Jika tidak cukup air, kulit akan cepat melalui proses penuaan disebabkan kekeringan dan kurang kelembapan.
 
Tahukah anda? Setiap 25kg berat badan, anda perlu minum 1L air. Ini bermakna jika berat badan anda 50kg, maka anda perlu minum 2L air sehari.
 
 Bagi anda yang amik supplemen, anda juga digalakkan meminum air 2-3L sehari kerana pengambilan air yang mencukupi akan membantu penyerapan supplemen dengan lebih efektif.
 

Antara manfaat lain yang anda perlu tahu ialah:
 
Menyingkirkan toksin

Makanan, persekitaran dan solekan boleh menyebabkan badan mengumpul toksin. Cara termudah untuk mengeluarkan toksin adalah dengan minum banyak air. Ini kerana toksin akan mudah dikeluarkan melalui perpeluhan dan perkumuhan.

Membantu fungsi ginjal

Buah pinggang bekerja sepanjang hari untuk menapis cecair dalam badan. Bayangkan apabila kita minum kopi berwarna hitam, perhatikan ketika membuang air kecil, cecair yang dikeluarkan bukan berwarna hitam sebaliknya lebih jernih daripada itu. Ini menunjukkan buah pinggang berperanan membersih dan menapis air yang diminum tadi. Minum banyak air membantu meringankan tugas buah pinggang. Tanpa air buah pinggang perlu bekerja lebih keras dan lama kelamaan ia mudah rosak.


Melembutkan kulit

Minum banyak air kosong membantu melembutkan kulit. Air ibarat losen pada tubuh bagi menjadikan kulit lebih lembut dan mulus. Orang yang kurang minum air mudah mendapat masalah kekeringan kulit sehingga akhirnya kulit kelihatan tua sebelum waktunya.


Air untuk kecerdasan dan awet muda

Tubuh kita memerlukan banyak air untuk melancarkan fungsi organ penting. Tanpa air mencukupi tubuh mengalami kekurangan oksigen yang akan menyebabkan individu cepat letih dan mengantuk. Minum air secukupnya untuk mencergaskan tubuh sekali gus otak. Otak yang cerdas menjadikan kita lebih sihat dan awet muda.


Kecantikan mata

Membasuh mata dengan air sejuk adalah cara terbaik menjaganya agar tetap menarik dan segar selain mencegah terjadinya iritasi.


Mandi membersihkan kulit

Mandi dan mencuci muka dengan air adalah cara terbaik untuk menjaga kulit agar tetap bersih dan segar. Air akan membantu menghilangkan kotoran dan bahan kimia yang dapat merosakkan kulit.


Bibir cantik dengan air

Minum air yang cukup dapat menjaga bibir supaya tampak lembut dan cantik. Masalah bibir pecah juga akan hilang.


Kekal langsing

Air boleh membuatkan tubuh kekal langsing. Ini kerana air membantu mengawal makanan ke tubuh dan melancarkan pencernaan. Air adalah minuman rendah kalori namun memiliki manfaat yang besar.


Segar selepas mandi

Mandi secara teratur mengelak daripada jangkitan pelbagai penyakit kulit. Selain membersihkan tubuh daripada kotoran, mandi akan membuat anda kembali segar.


Elak bau badan

Air membantu menjaga suhu tubuh kembali normal. Malah bagi mereka yang mempunyai masalah bau badan jika minum air yang banyak akan mencairkan keringat dan mencegah bau badan.
 
 
 
Jadi pastikan anda meminum air yang secukupnya. Seelok-eloknya air putih bukan air yang berwarna apatah lagi yang berperisa atau yang manis.
 
sumber : Harian Metro

Wednesday, October 2, 2013

KENAPA TAK BOLEH KATA TAK KEPADA SHAKLEE?

Tahukah anda bahawa anda tidak boleh kata TIDAK kepada produk SHAKLEE? Sebabnya adalah kerana SHAKLEE
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Jadi sudah semestinya SHAKLEE adalah selamat....

So apa yang anda ragu2 lagi.... =)







Wednesday, September 25, 2013

KANSER USUS DAN SHAKLEE - BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU MAK SAYA

Assalam.

Apa khabar semua? Harap2 anda semua happy..buang jauh2 rasa sedih tu..buang segala yang negatif dalam diri anda...jangan biarkan walau sebesar zarah. Jadi orang yang positif. Barulah kita dpt hidup dengan tenang. heheheheheee...sekadar peringatan utk diri sendiri jugak...

Seperti yang saya janjikan dalam entri yang lepas, saya akan share bagaimana shaklee membantu mak saya dalam menghadapi penyakitnya. Ceritanya begini.....

1.01.2011 (hari jadi mak yang ke 58) mak saya dimasukkan ke hospital kerana sakit perut yang amat. Dah sakit 3 hari sebelum tu. Asalnya doktor kata gastrik. Dah makan ubat gastrik pon tak jalan. So kami adik-beradik pakat anta mak ke hospital. Bila doktor cek, kata apendik dan perlu dibedah. So kami tak risau sangat coz perkara ni ramai yang alami. Appendik dah biasa kita dengar kan...

Masa pembedahan bermula dari pukul 4.30ptg. So kami adik beradik bajet 3jam jer paling lama. By maghrib dah setel. Tapi bila tunggu diluar OT (operation theater), tak de khabar berita. Jam dah menunjukkan pukul 9.30mlm. Kami mula risau. Apa yang terjadi sebenarnya. Adakah mak kena komplikasi? Kenapa tak keluar2 lagi dr OT? So adik saya yang menunggu diluar OT mula resah. Kami dah mula call adik mak utk maklumkan perkara ini. Kami mula berkampung dihospital. Masing2 risau. Cuba tenangkan diri.

Saya mula menjengah2 dibahagian menunggu di diluar OT. Sampai makcik guard perasan. Makcik guard tu bg tau "kalo mak awak sedar pas operation, mak awak akan keluar ikut lif depan ni. (lif tu berhampiran saya). Tapi kalo mak awak tak sedar, mak awak akan ikut lif belakang. Terus ke ICU". Ya Allah, apakah ini? Berderau darah saya. Saya menunggu tanpa jemu sambil berdoa.

Akhirnya, pukul 12.05mlm mak di usung keluar dari OT. Alhamdulillah mak sedar. Mak dibawa naik lif depan terus ke wad. Tersenyum makcik guard memandang saya. Syukur tak terkira. Walau tak tahu apa sebenarnya terjadi pada mak, saya tetap panjatkan kesyukuran.

Selepas itu, doktor mula investigate pasal mak. Ada tak mak kena simpton2 yang dia nyatakan. Kami cakap tak de melainkan mak rahsiakan. Finally doctor bg tau yg kat usus mak ada ketumbuhan aka polip. Baru early stage. Usus yang dijangkiti polip terpaksa dibuang kira-kira 3inci (agak2 jer). Tu dah kira kanser la. Terdiam kami adik beradik seketika. Tapi cepat2 saya positifkan diri. Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati.

So bermulanya episod kimoterapi & ubat-ubatan. Asalnya mak kena 8x cycle kimo. Ubat tak yah cakap. Ubat cairkan darah la, ubat utk itu ini la...mcm2 ubat senang citer...sampai mak tak termakan ubat-ubat tersebut. Dalam masa yang sama, saya google segala info berkaitan penyakit mak ni. Apa puncanya, apa yang penawarnya dan segala yang berkaitan. Saya juga ada bertanyakan doktor sama ada saya boleh mencari alternatif bg penyakit mak ini. Maksud disini ialah makanan tambahan seperti herba atau supplemen. Doktor hanya suggest supplemen tetapi TIDAK kepada ubatan/supplemen yang mengandungi herba. KENAPA tak boleh? Menurut doktor tidak semua jenis herba sesuai ngan pesakit. Adakalanya herba boleh mengaktifkan lagi sel2 kanser dalam tubuh pesakit.

Bila dah begitu kata doktor, maka saya terus shoot kepada supplemen. Masa tu tak kenal lagi Shaklee (saya kenal shaklee pertengahan 2011, bukan awal tahun). Saya hanya belikan mak supplemen brand A iaitu multivitamin. Saya tunjukkan supplemen yang telah dibeli kepada doktor untuk dapatkan approval la gitew..doktor approve. So, mak hanya makan itu sahaja selain ubat-ubatan bekalan hospital. Lagi satu doktor syorkan mak minum susu yang khas utk pesakti kanser. Susu PROSURE.


ni la rupa susu prosure. ada 2 perisa...vanilla & orange. tp better amik orange coz tak muak. susu ni rasa minyak ikan. Bau jer pon dah tau. Mahal tau. Satu tin kecik ni RM53 dan cuma bertahan utk seminggu kalo ikut recommendation intake.
 
 
Selepas habis sesi kimoterapi yang terakhir (cuma kena kimo cuma 6 cycle jer atas kebenaran doktor), saya mula bertanyakan seorang leader Shaklee, apa produk yang sesuai utk mak saya. Masa tu saya dah amik shaklee. Beliau suggest amik Corotomax, Vit E dan Vit C. Nak beli vivix tak mampu masa tu. =) 3 produk ni mengandungi anti-oksidan dan meningkatkan sistem imun. Selama amik 3 produk ni,alhamdulillah  kesihatan mak makin ok. Jarang diserang demam. Saya paling takut kalo mak demam kerana mengikut doktor, mak kalo demam memang boleh jadi teruk coz sistem imun mak lemah.
 
Selepas beberapa bulan saya mula kasi mak ESP supaya mak lebih bertenaga, kenyang (mak kurang selera makan selepas kimo) dan supaya parut operation mak makin pulih. Rambut mak kurang gugur (efek dari kimo), kulit makin berseri, berat badan pon naik (masa sakit mak loss 20kg) dan yang penting muka mak berseri tak macam orang sakit. Sampai doktor pon hairan. Siap tanya makan apa sampai sihat mcm tu..Mak dengan bangga bg tau, anak saya bagi saya supplemen shaklee. Doktor kata ok, teruskan. So far positif result. Mana taknya, tiap kali follow up check up berat badan ok, jantung ok, darah ok. semua ok..
 
Untill now mak amik semua supplemen tu termasuk ostematrix, joint health tablet, ESP dan performance drink sekali sekala.
 
Last check up bulan lepas, mak kena buat scope. Alhamdulillah, semuanya ok. Result scope pon ok. Part usus yang dibuang dan disambung pon ok. Parut jahitan kat perut semakin elok malahan parut jahitan usus tu cantik kata doktor.
 
Kini setelah hampir 2 tahun berlalu, mak kembali sihat seperti biasa. Kawan-kawan mak yang dulu tengok mak terlantar pon tak percaya tengok keadaan mak sekarang. Cumanya mak tak boleh aktif sangat. Cepat penat dan letih. Ye la umur mak pon dah meningkat.
 
Sekian sharing dari saya mengenai pengalaman saya. Doakan mak saya sihat sehingga akhir hayat. Tiada yang lebih gembira bila orang yang kita sayang sihat.
 
 
 
 
DIAN SOFFRENA
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
SMS : 012-7517439
FB : Dian Soffrena
Page : U and ME Healthy